Pages

Wednesday 21 December 2011

PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJALANKAN PEMERIKSAAN



Siapa yang jalankan pemeriksaan?

 

1.    Badan-badan pelajar, jawatan kuasa-jawatan kuasa pelajar (J/K Keselamatan Bengkel Kerja kayu, Logam dan Paip, Bengkel Engin, Bengkel Elektrik Elektronik dan RekaCipta dll).
Tiap-tiap murid mempunyai tanggung jawab-tanggung jawab dengan digilir-gilirkan menganggotai J/K keselamatan bengkel tadi.
2.    Badan-badan J/K yang terdiri dari guru-guru, pentadbir, staf, perlulah dilatih tentang
·         ciri-ciri keselamatan.
·         kesedaran tentang tanggong jawab-tanggong jawabnya.
3.    J/K terdiri dari jabatan-jabatan pendidikan; dimana ahli mesti mendapat latihan yang cukup.
4.    Kaki tangan penyenggaraan.
5.    Pegawai-pegawai daripada wakil-wakil jabatan (seperti pengetua-pengetua, pengarah-pengarah dsb) boleh juga jalankan pemeriksaan terhadap bengkel dan membuat laporan.
6.    Pemeriksa-pemeriksa luar seperti daripada bomba, kesihatan, TNB, jabatan kilang dan jentera dsb.

PROGRAM PEMERIKSAAN KESELAMATAN BENGKEL


Program Pemeriksaan Keselamatan Bengkel

Tujuan


1.    Untuk memenuhi keperluan/peraturan yang telah ditentukan oleh kerajaan:-  Program Keselamatan dan Kesihatan.
2.    Untuk menjalankan pemeriksaan tahunan berhubung dengan kemudahan-kemudahan dan aktiviti-aktiviti untuk mengurangkan dan menghapuskan kemalangan.
3.    Jalankan pemeriksaan pada bidang-bidang tertentu (sasaran) untuk menilai tentang kemalangan yang kerap berlaku.  Seperti kekerapan mesin yang selalu rosak dsb.
4.    Untuk membuat kajian terhadap kemalangan serius yang berlaku pada seseorang.
5.    Memeriksa aduan kepada keadaan-keadaan yang tidak selamat.

PANDUAN DAN KESELAMATAN BENGKEL DI SEKOLAH


Panduan dan Keselamatan Bengkel di Sekolah

1.    Peralatan elektrik tidak disambungkan pada kuasanya jika penebatan pengguna dalam keadaan bahaya (seperti lantai basah dsb).
2.    Semua sambungan kepada radas-radas hendaklah dibuat sebelum menyambungkan bekalan (plug in).  Kuasa elektrik dimatikan sebelumnya.
3.    Jauhkan jari atau tangan dari logam hujung prob.
4.    Tali kod/talian atau palam yang rosak tidak boleh digunakan.
5.    Pendawaian-pendawaian yang sedang mengalirkan arus elektrik tidak seharusnya dipotong.
6.    Keadaan penebatan pada pendawaian litar voltan tinggi hendaklah selalu diperiksa.
7.    Jangan cabut fius dengan tangan terdedah.  Nuteralkan terlebih dahulu.
8.    Takung haba (heat sink) pada penguat tidak boleh ditanggalkan apabila arus sedang mengalir dalam penguat tersebut.
9.    Kuasa elektrik mestilah dimatikan sebelum buang cas kondenser/pemuat voltan tinggi pada litar-litar elektrik/elektronik.
10. Suis keselamatan berkait punca bekalan, tidak boleh diabaikan; mestilah dalam keadaan baik.

GAMBAR ALATAN TANGAN




Cara-cara menajamkan mata gergaji


Pelbagai jenis pahat.


Jenis-jenis Ketam




Jenis-jenis Tanggam